Ahad, 20 April 2008

ISU BABI DI SELANGOR

Isu Projek Ternakan Babi Moden adalah Isu Tertangguh yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Barisan Nasional, didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pimpinan YB Dato’Seri Khir Royo pada 30 Jan 2008 yang lalu.

Terdapat 132 Ladang Babi berselerak meliputi 475 ekar dengan 257,521 ekor babi yang membekalkan 3,000 ekor atau 300 tan sehari kepada pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Penternakan cara tradisional ini menimbulkan banyak masalah dari segi pencemaran air, wabak penyakit, pencemaran alam sekitar dan kerosakan nilai-nilai estetika di kawasan-kawasan persekitaran lading penternakan tersebut.

Kaedah Pengurusan Barisan Nasional yang diamalkan terdahulu kurang berkesan didalam menangani masalah-masalah ini terutamanya dari segi penyeliaan dan pengawalan oleh Pihak Penguatkuasaan.

SEBAB-SEBAB PERLAKSANAAN

Projek ternakan Babi secara moden ini dilaksanakan bagi menghimpunkan kesemua aktiviti penternakan babi yang berselerak di Negeri Selangor. Cara ini memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan dari segi :

Penyebaran wabak Penyakit JE ( Japanesse Encephalitis ) dan Virus Nipah
Pencemaran air, sungai, laut dan udara
Penyerapan air kumbahan bawah tanah
Ladang-ladang Haram yang didirikan tanpa lessen

Kawasan ini di pilih kerana :

Dimiliki oleh pengusaha persendirian
Merupakan kawasan ladang terbesar di Negeri Selangor
Kawasan hiliran bukan punca sumber air minuman
Kawasan majority terbesar penduduk Cina

Sistem Pemprosesan Biogas-Fuel

Bahan buangan digunakan semula bagi menghasilkan Gas Bio Fuel yang menghasilkan Methane, Hidrogen Sulfid, Nitrogen Oksid, Karbon Dioksid, Hidrogen dan Karbon Monoksid. Biogas ini digunakan untuk :

Menjana elektrik di ladang Babi
Air bagi pembersihan ladang Babi
Air bagi penanaman makanan ternakan Babi

KESIMPULAN

Dana Projek ternakan yang bernilai RM100 juta bukannya datang dari kerajaan Negeri. Sumber-sumber pembiayaannya adalah dari

Penternakan Babi
Pelabur-pelabur Tempatan
Syarikat Usahama dari Jerman

Projek ternakan secara berhawa dingin ini sebenarnya berjaya mengurangkan

Kos penternakan
Kesan pencemaran bau “Green House Gases”
Pencemaran sistem saliran dan air

Bagi Kerajaan Negeri, dengan kaedah TIADA KOS PEMBANGUNAN dikeluarkan kerana pelaburan sepenuhnya datangnya dari pihak swasta.

Pemusatan industri seperti sembelihan dan “Cold Room” dapat dilaksanakan disamping “System Monitoring” perangkaan keluar masuk jumlah ekor babi menjadi mudah.

Isu ini sengaja diperbesarkan oleh pihak UMNO dengan memutarbelitkan fakta bagi tujuan politik mereka. Ia merupakan sato KONSPIRASI terancang bagi memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah terbukti mula mendapat keyakinan dan sambutan rakyat.

Lawatan rombongan perwakilan Kerajaan Pimpinan Dato’ Sri Khir Toyo ke Ladang-ladang dan Pusat Ternakan Babi di Jerman, dan Holland mengesahkan lagi hakikat bahawa projek ini milik Kerajaan Barisan Nasional yang lalu. (Bekas SETPOL Khir Toyo, Dar Karim Mansur & Ketua Kampung Tarmudi di Ladang Ternakan Babi di Jerman)

Petikan terbitan Biro Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor

Tiada ulasan: